Saturday 14 January 2012

"::Pagi yg indah::"

¤═•●•═•●•═¤¤═•●•═•●•═¤¤═•●•═•
سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّهِ الْعَلِىّ الْعَظِيْم
•═¤¤═•●•═•●•═¤¤═•●•═•●•═¤¤═•●¤
 
salam'alaikum..
warga muslim & muslimat sekalian..
alhamdulilah..aqu masih diberi peluang tok menjalani kehidupan aqu seterus nye..
humm...
ap yg perlu ak uat ary minggu ni ea?
*CUTI-BIRTHDAY SULTAN KEDAH
rindu nye kat uma..
rase nak blik je skang  ni ..hehehe..
fetty,sabar ea2..
jab g hang li tiket n tnggu agy 7 ary je agy..
pastu hang nak lik lah..
*kawan ku berkate!
dlm aty..sabar2..

 

Thursday 12 January 2012

:::Lupekan semua urusan dunia:::

Umat Islam dilarang lakukan aktiviti perniagaan pada masa khatib baca khutbah

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari dan umat Islam disarankan memperbanyakkan ibadah sunat di samping memenuhi kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat. Pada hari Jumaat juga umat Muhammad diharuskan melakukan segala aktiviti termasuk mencari rezeki yang dikurniakan Allah.
Kebebasan ini tidak dikecapi kaum Bani Israel terdahulu yang mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya, mereka diperintahkan memperuntukkan masa itu melaksanakan ibadah.
Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah SWT memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hamba-Nya mencari rezeki termasuklah berniaga serta berjual beli. Namun, ada waktu khusus dilarang Allah SWT menjalankan perniagaan dan jual beli pada penghulu segala hari ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jum’ah, ayat 9).

Larangan umat Islam melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat dikumandangkan ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat wajib Jumaat.

Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat sudah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut: Ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan yang kedua.
Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat turut dilakukan pada zaman baginda Rasulullah SAW, tetapi bezanya aktiviti jual beli itu ditangguhkan setelah berkumandang azan atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar.

Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan peniaga melariskan jualannya, pembeli sibuk membeli-belah sedangkan pada waktu itu khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat, walaupun hukum jual beli sah, tetapi dilakukan dalam waktu diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat daripada Jabir katanya: “Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang saja. Lalu Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud: “Malangnya apabila mereka nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau (wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.”

Istimewanya solat Jumaat berbanding solat lain kerana adanya khutbah. Justeru, tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malah, menurut jumhur ulama, khutbah antara syarat sah solat Jumaat.

Sa’id bin Jubair berpendapat, khutbah menyamai dua rakaat solat Zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan solat Jumaat saja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai kalangan jemaah tidak berminat masuk ke dalam masjid mendengar khutbah disampaikan khatib, sebaliknya mereka lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah.

Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah SWT kerana Allah SWT memberi ganjaran besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat mencatat orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam/khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Seluruh umat Islam sama ada penjual, pembeli dan jemaah hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia membabitkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang.

Justeru beberapa pendekatan dicadangkan iaitu aktiviti jual beli hendaklah ditangguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang dan jemaah disarankan menangguhkan urus niaga untuk mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah..
 
p/s:-renung2 kan,wahai saudara islam..

Monday 9 January 2012

:`PenGuAt SmNGaT aQu:-

tibe2 rindu kat dye..
miss sgt2!!
ya,allah..jike dia *insan yg ku syg*
benar2 ingin memiliki aqu..
aqu snggop tnggu die
(jiwang telah dtg melanda diri ku)..
hehehhehe..


DANGEROUS2!!
--------------------

Berminat utk membaca:-
Apakah cinta saja mampu menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di akhirat? Mari kita semak baik-baik firman Allah Taala,”Orang yang saling mencintai pada hari itu sebagiannya akan menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS. Az-Zukhruf [43] : 67)
Kata Al-Akhillaa’ (Orang-orang yang mencintai) berasal dari kata al-khullah (cinta). Namun kata khullah ini ertinya adalah cinta yang bukan hanya sekadar cinta. Khullah ertinya adalah cinta yang begitu dalam dan besar. Kerana itulah Nabi Ibrahim mendapatkan gelar Al-khalil (Kekasih Allah).
Akan tetapi, meskipun mereka di dunia memiliki kualiti cinta yang luar biasa, ternyata itu tidak cukup untuk membuat mereka boleh bersanding di syurga. Tentu ada kekuatan lain, selain cinta, yang boleh menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di syurga.
Tetapi apa kekuatan itu?
Allah mengatakan, “kecuali orang-orang yang bertakwa.” Ertinya, orang-orang yang bertakwa mendapatkan kesempatan untuk melanjutkan cintanya sampai kelak di syurga. Pasangan suami isteri yang bertakwa kelak akan terus memadu cinta sampai ke syurga.
Bagaimana hal itu boleh terjadi?
Itu kerana mereka berlandaskan cinta mereka kepada pasangannya di atas paksi ketakwaan kepada Allah Taala. Bangunan rumah tangga muslim memang harus berdiri di atas paksi takwa.

Cinta, mengikat dan menyatukan kita dengan pasangan kita.
Kerana itu memang kerja cinta, bukan sebagai paksi. Paksinya adalah takwa. Jika itu tidak kita lakukan, maka bangunan rumah tangga kita terlalu ‘rapuh’ dan lemah untuk menopang kebersamaan sampai kelak di syurga.
Sebuah rumah tangga yang dibina di atas paksi takwa akan hidup dengan penuh kebaikan di dalamnya.
Mereka akan saling mengingatkan untuk senantiasa meniti jalur ketaatan kepada Allah.
Bila pasangan khilaf dan kurang dalam beribadah kepada Allah,
maka dia mengingatkannya dan memotivasinya agar terus meningkatkan kualiti ibadahnya.
Inilah cinta yang hakiki. Cinta di atas tunggak takwa. Cinta yang membuat seorang suami tidak tenang jika isterinya kelak sengsara di akhirat. Cinta yang membuat seorang isteri tidak rela jika suaminya kelak dijadikan bahan bakar api neraka. Sehingga kekuatan takwalah yang kini bicara.
Kekuatan takwa yang akan mendorong isteri untuk selalu taat kepada suami. Kekuatan takwa yang akan membuat suami selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk masa depan akhirat isteri. Konteks bicaranya adalah akhirat.
Untuk keluarga yang seperti ini, kelak Allah akan berkata kepada mereka, “Masuklah kamu ke dalam syurga dan isteri-isterimu (lalu) kamu akan dimuliakan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 70)
Ar-Razi mengatakan, kata tuhbaruun (kamu akan dimuliakan), maksudnya kemuliaan disitu bukan hanya sekadar ‘ikram’ (kemuliaan biasa), tapi kemuliaan yang benar-benar dilebihkan.
Hal itu diperkuat dengan penjelasan ayat setelahnya tentang bagaimana orang-orang bertakwa dilayan di syurga, “Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas dan cangkir-cangkir.
Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu akan kekal di dalamnya. Dan itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebagiannya kamu makan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 71-73)
Ternyata ada kekuatan yang lebih dahsyat dari cinta iaitu kekuatan takwa.
Sehingga sangatlah layak jika kita sampaikan risalah hati kita kepada pasangan kita.
Cintaku kepadamu menjadi tidak bererti
Jika tidak melahirkan rasa takut pada Ilahi
Biarkan cinta tetap bersemi. Biarkan takwa selalu memberi erti.
Kerana sesungguhnya aku ingin kita kelak tetap boleh bersama sehingga meraih syurga-Nya


tit2:-Khairul ismail ttap diaty aqu ary ini hngga selamnye..
amin^.^

Saturday 7 January 2012

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan. Tetapi cinta yang indah itu kadangkala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan. 

ummm..
-teringat...
Kata orang, kalau kita sudah bertemu dengan jodoh kita, akan ada daya tarikan 
'magnet' 
antara satu sama lain! 
ntah betol or xdak?
*xle caye ngat auw*
huhuhu..


 

Friday 6 January 2012

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

                           --Hayati la ea--

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
 
 
 
p/s:-Hargai lah pasangan kamu,seandainya dia yang benar2       kamu kasih & syg.
                                        ~ fetty LoVe khairul ~

::NyUm2..Seeedap!!^:^

 
 NyUM2..
its mY favourite!!

hehehe..


oke,dekat cny aqu nak kongsi
care2 uat nye 'Nasi Kerabu'..
ty try cube la ea..
sng jee..
*curik resepi my mom!hehe..



Bahan Nasi:
4 cawan beras
Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka
Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge
Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.

Mudah nak uat,but rumit cikit..
job2..mam..
lapa da niew...^.^

Wednesday 4 January 2012

OOoopss....Persiapan aty & nurani

Bile blik kg OR uma
ty tido ngan mama..(msih agy tido bwah ketiak mama)
---*jamin nyenyak tido!---
ye la jrang lik..
sbok ngan stdy,stdy,n stdy..
hehe ^.^

tibe2..
mama:sudah ke adik siapkan diri sebelum nak tidur?
aqu:???????????(keadaan blur...)
ap mama?
mama:adik da lupe psanan mama?
meh sini(smbil memeluk bdan aqu)

INGATAN!!

" Syaitan akan mengikat bahu salah seorang antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan.Dan setiap ikatan tersebut diperkuatkan dengan ungkapan{syaitan},'Malam masih panjang,maka tidur lah.'Jika dia bangun lalu mengingati Allah  SWT,maka satu ikatan akan terlerai.Jika dia berwuduk,satu ikatan akan terlerai.Jika dia melaksanakan solat,semua ikatannya akan terlerai.Akhirnya,dia menjadi segar dengan jiwa yang bersih.Jika tidak,dia akan bangun dengan jiwa yang kotor,yang diliputi rasa malas"
                                                                                                                                            (Al-Bukhari)

Sebelum tido bace la:
*surah al-fatihah
*surah al ikhlas
*surah al-falaq
*surah an-nas
--------selepas bace ,tiup kedua2 tapak tgn pada seluruh badan.Dimulai dgn kepala,kmudian wajah,bahkan belakang tubuh---------

SELAIN ITU:-
Bace la     "Alloohumma bismika ahyaa wa bismika amuut"
yg bermaksud!
'Ya allah,dengan nama-mu aku hidup dan dengan nama-mu aku mati'

aqu:terima kasih,mama(dlm aty senyum ;)
mama:sama2..mari kite tido!

p/s:-Tido yg baik adala tido yg tenang dgn tgn menggenggam tasbih & mulut
mengucap 'takbir','tasmid',&'tasbih.



Munajat Malam..-.-

 Tido?hummm....pantang ada space time,compem2 tido la jwapan nye..
tu la diri aqu(dah cube tok tido hnye 8 jam sehari)
xp xle..
hnye seketika!!

ummm...
JOB KITE BERMUNAJAT^.^
Katekan 'YA'!
X(buang)Sikap mlaz!

"Bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakan lah solat tahajud padanya,sebahagian solat tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji"
    (Surah Al -Israk 79)

law nak taw..
Baginda
(RASULULLAH SAW)mengerjakan suatu rangkuman ibadah,iaitu solat iftitah,solat tahajud,solat Witir,solat Qabliyah subuh dan solat subuh..(rase2 aqu bole buat ke?)--berfikir sejenak ngan Yusni A.Ghazali(Pengarang Buku 'MUNAJAT MALAM')..

p/s:-Waktu Allah paling dekat dengan hambanya ialah pada pertengahan malam yang terakhir,jika kita mampu utk melakukan zikir & solat..nya maka lakukanlah.

Timing Tido-.-
Salam'alaikum!

Tuesday 3 January 2012

Permulaan Yang Baru ^.^

Salam semua..

    aloo2..^.^ 
 "2012"

Permulaan yang Baru?Tahun baru?Hari baru?Dunia baru?Semua baru??ape 2 ea..?
ummm... (Berfikir sejenak bersame Ustaz Akhil Khay)hehe..

2012!..sudah menjelma,sudah 20tahun aqu menikmati hidop dunia ni..
Pelbagai dugaan dan cabaran setiap manusia dan aqu sndry tempuhi..
ingat!!!apa yg tlah trjady pada diri kita slame ni..ad hikmah disebaliknye!
*JGN salah kan takdir auw!!*huhu

~~Salam Perkenalan~~
Sesi perkenalan 1992..(tahun aqu melihat dunia)
Name yg tlah diberi oleh mama & papa :-
fetty zurhana bt mohd fadzil
umo?da bole kawin dah(hehe)
keistimewaan aqu ni..
aqu ni dilhirkan mnjadi sepasang kembar!(caye x)
Nama kembar aqu:-
fetty rezana bt mohd fadzil
ape agy ea nak cite?
(bLUR semEnTArA)
HAH!!
ni yg importnt tntg diri ak!
aqu ni pembersih owg nye,smpai satu thap ad member2 yg xle than ngan pangai aqu ni..
bkn ap,sensitif sgt ngan habuk!(Boleh selesa ke pintu?,tingkap? xbkk angsong
dlam sehari)UDARA luar pon xmsok auw n udara kat lam plak da bez 
disedut manusia2 di dlam nye..btol enggak??hehehe

aqu mmg amni..da xle nak ubah!Rse nak nangis pon de bile ad mem yg xsng ngan care ite..
humm..
am ne nak uat??
Bak kate owg,hidop ini umpama layang2,jika layang2 ptus kita akn serah pada takdir yg mnentukan kemane arah nye layang2 tu nak pergi!
so,aqu berserah..!insyallah,aqu akn perbaiki tntg diri aqu nie..
hehe(Salah satu azam ak thun ni)^.^